Install this theme
eh Sang Anda!

assalam, lamakan, serius lama aku senyap di sini.

post berbaur jiwang, sila jangan baca kalau dah jelak isu ini.

lama tak bising di sini, lama jugaklah aku tidak berhubung dengn encik z. msg2 x dibalas, aku pun naik fed up jadi tidak diganggu lagi.

em, nampak fb, serius kosong, macam tidak hidup ini kawan. kadang2 nampak on9, bergegar sikit hati, tapi tidak seperti dulu. 

hati pun jujur sudah berubah, berkat doa dan di ignore dengan begitu kejam dan lama. 

hari ini berdiri sedikit mereng, tapi hati sudah begitu teguh tanpa dia.

namun, di malam yang sepi ini setelah keputusan PRU 13 aku menggatalkan diri untuk men’stalk’ fb beliau.

wah, ada gambar, dah panjang rambut, muka dah bersih, masih kurus tapi tampak begitu gembira sekali! 

nampak aktif juga, gambar di beberapa aktiviti.

jauh di sudut hati, ada sedikit rasa terkilan kenapa dilayan sebegini rupa. aku husnuzhon dia tahu mahu buat ikhtilat, silap pada aku juga. tapi di mana silap sekadar menjawab salam atau kata saja terus terang aku tidak mahu lagi begini. apa susah sangat? aduhai

tapi aku gembira, dia gembira. ada kawan tempat meluah, at least ada juga nak tolong jaga makan. dia tidaklah begitu you know, passive. dah involve with society. 

nevermind he forget me, besides, who am i to ask for a place in his heart. anggap saja post2 jiwang selama ini yang cukup terang menggambarkan kegilaan aku sebagai satu bentuk cerpen bersiri perempuan biasa yang belum mengenal Islam sepenuhnya dan terlalu melayan gelojak perasaan seorang remaja perempuan yang mereng.

aku rasa sekian saja, post berkaitan encik z. aku juga sudah alhamdullilah memahami dan cuba sedaya upaya mengawal perasaan. harapan aku cerita sewel cinta sebelah tangan ini menjadi teladan buat semua dan menjadi sumber aku ketawa di hari mendatang. aku juga berharap encik z menemui kebahagian mengikut definisi masing2.

siok bukan post yang ini, tidak jiwang pun sebenarnya.

wassalam.

Lelaki... by Yuna

lelakidotdotdot:

“Lelaki…”

Music/Lyrics : Yuna

Produced by: AG Coco

Mixed by: Huzai

APRIL 2013

selamat datang April

assalamualaikum. dan selamat datang diucapkan kepada bulan April.

bulan ni macam macam anniversary ada. yang utama ialah 2 april ulang tahun kelahiran bapa. weeeee

yang kedua pula ialah, hari ini tahun lepas aku ada depression. baru teringat tadi dalam tremco nak balik abbasiah. huhu.

aku takut benda sama berulang kembali. sebab aku perasan sejak jumaat aku ada lain lain sikit. macam nak nangis saja kerja aku. haa begitulah jadi tahun lepas. tapi tahun ni ada pening kepala yang boleh tahan dahsyat.

tahun lepas, erk pg kelas pun nangis. siap nangis depan khairul aimran dan haziq. malukan. huhu

tapi alhamdullilah. semalam ada usrah. boost sikit semangat aku. jumaat hari tu ada Step 2. patut ter boost juga semangat. tapi semangat nak kahwin saja yang ada. (tambah stress).

dan tadi ada sharing session dengan dr. zainur rashid pakar OnG dan juga merupakan seorang dekan di sebuah universiti.

pada mulanya entahlah kenapa aku macam nak sangat menangis. mungkin juga disebabkan sakit kepala yang dahsyat tu. tapi lama lama wah dengan keluar lagi pelbagai fakta dan kata kata motivasi dari beliau semangat aku merangkak datang semula kepadaku.

ya, sungguh aku dah lupa yang misi dan visi aku iaitu untuk memberi manfaat kepada ummah. dan aku sudah lupa untuk redha dengan qada dan qadar Allah. dan aku lupa sesungguhnya bila mana rasa diri tenggelam kita boleh berenang semula naik ke atas. sebab Dia tidak tinggalkan aku sendiri. Dia selalu ada. Dia kasi aku sahabat. Dia kasi aku keluarga dan paling penting Dia kasi aku Islam dan Iman.

bermacam lagi yang aku dapat tadi. nak tulis semua. mungkin lain kali. sebab aku dah nak tidur dan aku mesti tidur. esok kelas awal.

tapi yang penting mohon semangat aku ni akan bertahan dan semakin kukuh.

tapi macam nak kasi peluang untuk diri manja. mahu jugak menangis sepuas puas hati dan dipujuk sampai orang naik bosan.

sebab selalunya benda yang orang cakap tu kita tahu ja. tapi efek bila orang lain cakap pada kita lebih azim dan mantap. tambah kalau kena dengan tone suara bagus boleh terus masuk dalam jiwa.

hihihi

ok. sampai sini saja.

selamat malam ★

mahu jadi ibu? atau mahu ada baby kecil?
gatai. diri sendiri tidak terurus.gila
sabar sajalah. tiba masa akan ada juga dengan izinNya.

mahu jadi ibu? atau mahu ada baby kecil?
gatai. diri sendiri tidak terurus.gila
sabar sajalah. tiba masa akan ada juga dengan izinNya.

rasa ini

rasa ini
jarang datang.

bila sendiri dengar musik tenang tenang
dia datang
selalu tak lama
tapi efeknya lama
bahagianya.

aku suka dan mahu dan perlu rasa itu.
tambah sekarang aku dah macam berubah. perubahan kematangan penuaan mungkin. ada perasaan yang lain yang buat aku tidak senang.
yang buat aku mereng.
yang buat aku mahu menangis sahaja.
yang buat aku rasa tidak berguna pada ummah.
yang buat aku rasa semua orang benci aku.
yang buat aku rasa lebih baik mati.

jadinya Allah kasi aku rasa sekejap rasa itu. baguskan Dia.

mari aku mahu panjangkan rasa ini. berkomunikasi dengan Dia. supaya panjang rasa ini.

hobi baru aku

sejak dua menjak aku punya hobi baru. menangis.

aku ada rasa sedih. aku pun tahu sedih. aku manifestasikan dengan tangisan.

benda simple pun aku nangis. benda yang kecil pun aku tangisi.

gembira. lagi aku menangis.

apa masalah aku ini. terlalu lembut hati atau sebenarnya aku masih tidak dapat menerima takdir atau aku terasa lebih2 sendiri atau aku punya masalah yang aku tak tahu macam mana nak setel.

dan sekarang aku masih mau menangis.

menangislah puas puas sampai habis air mata kau.

selamat menangis.